Pameran sempena Program Kitar Semula & Pembudayaan Amalan Hijau 2019 di SMK Engkilili

31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 30 Oktober 219, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) dengan kerjasama bersama PI Engkilili dan PI Lubok Antu telah pameran sempena sambutan program kitar semula dan pembudayaan amalan hijau bertempat di dewan SMK Engkilili.

Antara pengisian aktiviti pada hari tersebut ialah pameran daripada pihak pusat internet termasuklah mempromosikan pusat internet di mana pengunjung dialu-alukan untuk datang ke pusat internet serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan berkenaan tentang kempen mytv@freeview iaitu mengedarkan flyers dan menjelaskan tentang penukaran siaran daripada system analog ke system digital kepada pengunjung yang hadir ke tapak pameran. Selain itu, pihak pusat internet juga memberi pendedahan tentang KDB dan advokasi dengan menyediakan soalan kuiz (silang kata) dan permainan juga diselitkan untuk menggalakkan lagi kedatangan pengunjung. Pameran mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan sebanyak 120 orang kehadiran berjaya direkodkan.

Dengan pameran sebegini, sedikit sebanyak pengunjung dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali